PPKT KEJURUTERAAN - UTAMA
   
 
 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
Sukacita dimaklumakan bahawa PPKT telah menyediakan cara baharu untuk login ke portal ‘Campus Online’  bermula 11 Ogos 2014 iaitu dengan menggunakan alamat dan kata laluan e-mel rasmi USM yang lengkap, contohnya xxxx@usm.my (untuk staf) atau xxxx@student.usm.my (untuk pelajar).
 
Peringatan:
Pelajar dan Staf USM mestilah mengingati ID dan kata laluan e-mel USM masing-masing bagi mengelak masalah mengakses portal ‘Campus Online’.


   
 

Taklimat ICT oleh KYROL Security Labs (KSL)

12 September 2014 – Seksyen Pengurusan Korporat, Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan sebuah taklimat ICT oleh KYROL Security Labs (KSL) di PPKT dan mendapat sambutan hebat dari staf PPKT dan staf jemputan PPKT yang terdiri dari SAHABAT PPKT.

 6a 3a

KYROL Security Labs ialah sebuah syarikat tempatan Malaysia telah mengeluarkan produk antivirus bagi tujuan menangani ancaman  malware seperti  virus, spyware, trojan, worms, rootkit dan sebagainya yang dilihat semakin berleluasa dan mengganas sekarang ini.

2a Pengarah, Business Development Division, KYROL Security Labs, Encik Aniq Akhmal B. Abu Naip telah menyampaikan taklimat mengenai produk KYROL Internet Security 2015.

KYROL Security Labs menawarkan  KYROL Internet Security 2015 (Home User Version) secara percuma selama 30 hari.

4a

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk tersebut sila layari laman web:

http://www.kyrolsecuritylabs.com

5a

 

text : Pn Salina Abdul Samat
foto : Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud

DIREKTORI TELEFON

Untuk mendapatkan maklumat talian-talian telefon yang ada di USM sila lawati laman sesawang: http://www.tcom.usm.my/

BENGKEL IT ANJURAN PPKT DAPAT SAMBUTAN

NIBONG TEBAL, 30 Mei 2014 – Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan baru-baru ini telah menganjurkan program Bengkel  ‘See IT Feel IT Do IT’ di Kompleks Dewan Kuliah yang disertai seramai 150 orang peserta.

Read more: BENGKEL IT ANJURAN PPKT DAPAT SAMBUTAN

ANDA SEORANG YANG AKTIF DAN SIBUK MENGURUSKAN BANYAK AKTIVITI?

Anda seorang yang aktif dan sibuk menguruskan banyak aktiviti-aktiviti di pejabat mahupun aktiviti sosial yang lain, namun kadang-kadang terlupa walaupun telah dimasukkan dalam diari harian. Kerana apa? Tertinggal diari dalam kereta, di pejabat, atau dirumah. Jika demikian mungkin anda memerlukan satu planner yang boleh menyemak aktiviti anda di mana sahaja anda berada supaya semua perancangan dapat  berjalan dengan lancar.

planner

Saya sudah ada planner sendiri, apa bezanya dengan planner yang ditawarkan?

Planner yang ditawarkan adalah secara online dan boleh dicapai di mana sahaja anda berada (perlu ada akses internet). Anda boleh melihat semua aktiviti jabatan dan juga aktiviti yang melibatkan anda.
Antara ciri-ciri planner ini adalah :-
•    Mempunyai paparan mengikut harian, mingguan dan bulanan
•    Menyimpan dan memaparkan aktiviti organisasi yang dimasukkan oleh pihak pentadbiran dan staf
•    Menyimpan maklumat lokasi, butiran lanjut dan staf terlibat
•    Jemputan secara e-mel kepada staf di dalam organisasi ketika maklumat dimasukkan
•    Boleh menyimpan maklumat tempahan ruang dan kemudahan serta mampu dihubungkan ke modul Permohonan Online dalam Sistem ServisDesk.
•    Memaparkan maklumat Cuti Umum, Cuti Semester, Hari Gaji, Hari Lahir staf, Staf Bertugas Di Luar Kampus, Staf di Oversea dan Program myCPD.
•    Memaparkan senarai staf yang bercuti pada paparan kalendar
•    Dilengkapi dengan sistem hebahan organisasi dan kampus
•    Dilengkapi dengan waktu solat bagi kemudahan umat islam
•    Mempunyai fungsi emel peringatan untuk aktiviti yang dimasukkan
•    Kewujudan peringkat capaian untuk semua, bahagian dan staf terlibat
•    Boleh dijadikan planner individu selain digunakan sebagai planner Jabatan

Jika saya ingin menggunakan planner ini, berapakah bayarannya  dan bagaimana ingin memohonnya?

Buat mana ini, produk  ini adalah PERCUMA!!

Anda boleh menggunakan kaedah di bawah jika ingin memohon produk ini, iaitu :
•    ServisDesk@PPKT di alamat http://servisdesk.eng.usm.my/ppkt , ATAU
•    Talian ServisDesk@PPKT 5333, ATAU
•    Emel ServisDesk@PPKT servisdesk@eng.usm.my , ATAU
•    Datang ke Kaunter ServisDesk@PPKT di alamat PPKT, USM Kampus Kejuruteraan,
Seri Ampangan, 14300, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Setakat ini berapa ramaikah yang telah menggunakan planner ini?
Sehingga Ogos 2013 terdapat 22 Pusat Tanggungjawab yang telah menggunakan Planner Online ini, 7 daripadanya adalah dari Kampus Induk dan 1 daripada Kelantan.