Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

MAKMAL STRATEGIK PPKT KAMPUS KEJURUTERAAN 2019

image1

MINDEN, 20 DISEMBER 2018 (KHAMIS) – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan Makmal Strategik PPKT ENG 2019 bertempat di Anjung Jannatun, USM Kampus Induk pada 20 -21 Disember 2018. Program ini merupakan acara tahunan bagi menetapkan hala tuju dan arah jabatan bagi tahun yang akan datang.

Makmal dimulakan dengan taklimat dari Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab, Penyelaras PPKT Kampus Kejuruteraan. Taklimat merangkumi pencapaian PPKT ENG sepanjang tahun 2018 dan focus yang perlu diberikan keutamaan untuk tahun 2019.

image2
Sesi percambahan fikiran dan pembentangan telah dilaksanakan mengikut seksyen iaitu Seksyen Korporat, Sekyen Infostruktur dan Seksyen Aplikasi,Web & Multimedia. Hasil makmal ini akan dibawa sebagai dokumen SKT jabatan bagi tahun 2019 dan dipantau melalui Sistem Indeks Prestasi Staf yang menggunakan kerangka ‘Balance Score Card’.

Diharapkan dengan terlaksananya Makmal Strategik 2019 ini, PPKT Kampus Kejuruteraan akan terus mantap dan fokus dalam menjayakan agenda yang telah dirangka bagi sepanjang tahun 2019.

Teks: Shariza Shaari
Foto: Mashithah Md Hasim & Junaidah Jaapar