Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

image1

NIBONG TEBAL, 9 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) - Encik Md Hisham Bin Abd Razak, Pegawai Farmasi dari Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT), telah berkongsi   dengan staf  Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan berkenaaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif atau lebih dikenali sebagai KIK (Innovative and Creative Circle, ICC) bertempat di Studio Telesidang PPKT.

image2 
Antara tajuk yang disampaikan ialah 5W KIK/TE (what, why, where, when, who), Kriteria Konvensyen, Quality Story and Linkages dan Project based management / 8D Problem Solving.

Perkongsiaan ini telah mendedahkan peserta kepada satu lagi mekanisma  bagi mendapatkan proses atau cadangan penyelesaian masalah demi meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti jabatan.

Di akhir sesi, Encik Md Hisham telah menyerahkan 9 modul untuk tatapan dan kudapan minda para peserta.

Teks: Umul Hapsah Mohamad
Foto: Mashithah Md Hasim