Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Program Jaringan Masyarakat PPKT Kejuruteraan USM – Dewan Ilmu, Lepai

Lepai1
ALOR SETAR, 23 Mac 2018 – Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi Kampus Kejuruteraan USM sekali lagi telah mengadakan Program Jaringan Masyarakat bersama penduduk kariah Mukim Lepai, Alor Setar, Kedah. Program ini adalah merupakan program tahunan yang diadakan setiap tahun bermula 2009. Seramai 10 orang staf PPKT Kejuruteraan USM hadir menabur bakti pada kali ini yang diketuai oleh Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kejuruteraan USM iaitu En Mazlifendirizan Md Rejab.

Program bermula dengan ucapan aluan dari Tuan Imam Masjid Nurul Huda Mukim Lepai iaitu Ustaz Abdullah sebelum sesi ceramah secara santai bermula. Ceramah yang bertajuk “Pengaruh Media Sosial” telah disampaikan oleh Puan Umul Hapsah binti Mohamad dan lebih 20 peserta terdiri dari pelbagai lapisan umur telah turut serta.

Lepai2Lepai3

Selain dari sesi ceramah, program ini juga melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf komputer sedia ada. Pihak PPKT Kejuruteraan USM telah menyumbang 12 unit CPU terpakai untuk digantikan dengan CPU yang sedia ada yang terlalu uzur menjadikan jumlah terkini sebanyak 22 unit CPU di dalam Makmal Komputer Dewan Ilmu. Pada hari tersebut juga, proses menaiktaraf penggunaan rangkaian tanpa wayar (wireless) dengan menambah satu ‘akses point’ (AP) khusus telah dipasang di dalam makmal komputer tersebut.

Program berakhir dengan penyampaian cenderahati pihak PPKT Kejuruteraan USM kepada peserta dan dari pihak Dewan Ilmu kepada wakil PPKT Kampus Kejuruteraan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan kepada semua peserta dan kakitangan PPKT yang hadir pada hari tersebut.

Diharapkan dengan adanya kerjasama yang erat ini, pihak Dewan Ilmu, Masjid Nurul Huda Lepai dan PPKT Kampus Kejuruteraan USM akan terus bersama-sama menganjurkan program-program kemasyarakatan di masa hadapan sesuai dengan institusi masjid dan universiti iaitu sebagai pusat penyebaran ilmu.




Penulis: En Suhaimi Saibon
Foto: En Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud & Pn Mashithah Md Hasim