Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

MAKMAL STRATEGIK PPKT KAMPUS KEJURUTERAAN, 2018

IMG 8735

Taiping Perak, 8 Disember 2017 – PPKT Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan Makmal Strategik PPKT ENG 2018 di Hotel Taiping Perdana pada 8 hingga 10 Disember 2017. Peserta makmal ini terdiri daripada 20 orang kakitangan PPKT Kampus Kejuruteraan.

Selain membincangkan halatuju PPKT bagi tahun 2018, makmal ini juga diadakan bagi menggalakkan pengkongsian ilmu dan mengeratkan hubungan di antara staf PPKT.

Makmal dimulakan dengan taklimat dari Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab, Penyelaras PPKT Kampus Kejuruteraan.

IMG 8565

Sesi perbincangan dan percambahan fikiran telah dijalankan mengikut kumpulan campuran diikuti sesi mengikut seksyen iaitu Seksyen Korporat, Sekyen Infostruktur dan Seksyen Aplikasi,Web & Multimedia.

IMG 8581IMG 8590IMG 8662

Hasil makmal ini akan dibawa sebagai dokumen SKT jabatan bagi tahun 2018 dan dipantau melalui Sistem Indeks Prestasi Staf yang menggunakan kerangka Balance Score Card.


Teks: Nurul Lela Soaid
Foto: Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud