Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Perjumpaan SahabatPPKT-Staf 1/2017

sahabat1

PPKT, 24 Februari 2017 -  Bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi  telah berlangsung perjumpaan bersama wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang telah dicalonkan sebagai sahabatPPKT-Staf bagi tahun 2017. Majlis ini di pengerusikan oleh wakil TCIO PPKT iaitu Encik Mazlifendirizan B Md Rejab yang telah memulakan  ucapan aluan dan menyampaikan informasi terkini daripada PPKT. Wakil dari Seksyen Korporat, Unit Perkhidmatan Pelanggan, Ketua Seksyen Infostruktur dan Ketua Seksyen Aplikasi dan Multimedia turut serta membentangkan infomasi terkini kepada SahabatPPKT-Staf untuk makluman. Perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama sahabat serta mendapatkan maklumat terkini daripada wakil PTJ.

sahabat2

Kumpulan Whatsapp juga diwujudkan di atas nama SahabatPPKT-Staf untuk memudahkan saluran infomasi dan aduan disalurkan dan dihebahkan dengan cepat.

Teks: Umul Hapsah Mohamad
Foto: Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud