Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Taklimat Sistem Budaya Kerja Cemerlang (BKC)

bkc1

Nibong Tebal , 14 Febuari 2017 - PPKT Kampus Kejuruteraan telah mengadakan taklimat Budaya Kerja Cemerlang (BKC) untuk semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kejuruteraan. Taklimat ini bertujuan memperkenalkan Sistem BKC kepada semua peserta yang hadir. Seramai 60 orang peserta telah hadir dalam taklimat tersebut.

bkc2  

bkc3

 

Puan Rohilatifah bt. Baharum@ Harun Timbalan Pendaftar kampus Kejuruteran dijemput khas untuk memberi pandangan akan hal-hal yang berkaitan dengan Budaya Kerja Cemerlang yang dijalankan oleh PPKT Kampus Kejuruteraan agar ianya mudah difahami, selari dan digunapakai oleh PTJ yang lain.

Taklimat sistem BKC telah disampaikan oleh Encik Mazlifendirizan bin Md Rejab, Pegawai Teknologi Maklumat (F48)  telah berkongsi laporan budaya kerja cemerlang yang digunakan oleh PPKT dalam melihat kepatuhan staf terhadap peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan dan Universiti di samping mengeluarkan merit dan surat tunjuk sebab terhadap staf yang melanggar peraturan. Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang yang ditubuhkan oleh PPKT dengan bantuan sistem BKC dilihat mampu melatih staf untuk belajar menepati masa dan lebih berdisiplin.


Teks: Nurul Lela Soaid/Hafsah Mohd Sahar@Zahar
Foto:Mashithah Md.Hasim