Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Program Jaringan Masyarakat

permatang pasir2
PERMATANG PASIR, 24 Ogos 2016 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi, Kampus Kejuruteraan telah melaksanakan satu program jaringan masyarakat bertempat di Makmal PADI@SKPP (Pusat Akses Digital ICT) pada 24 Ogos 2016 bermula jam 2.00 petang.

Kursus ICT “Pengenalan kepada Microsoft Excel 2013” yang dilaksanakan pada hari tersebut telah dihadiri oleh 20 orang ahli Kelab Komputer SK Permatang Pasir. Tenaga pengajar pada hari tersebut adalah Puan Shariza Bt Sharuddin. Beliau berpengalaman dalam mengajar kursus ICT kepada kakitangan USM melebihi 5 tahun. Kursus tersebut telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengenali dan menggunakan Microsoft Excel untuk membina jadual, mengubah ciri jadual mengikut kesesuaian pilihan, mengenali fungsi pengiraan asas yang terdapat dalam perisian tersebut dan banyak lagi.

Penganjuran program jaringan masyarakat oleh PPKT Kampus Kejuruteraan ini adalah merupakan acara berkala sebagai sumbangan kepada pembangunan ICT masyarakat setempat.

permatang pasir1

Program kali ini juga diserikan dengan penyampaian 20 buah Netbook 1 Malaysia dan plak usahasama antara Pusat Jalur Lebar Bandar Baharu ( diwakili Pengurus, Encik Syahmi Hayat Bin Mohd Salleh), Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir (diwakili Guru Besar, Puan Hajah Khairunnisa Bt Zainuddin)  dan Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi Kampus Kejuruteraan (diwakili Timbalan Pengarah, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab).

permatang pasir4permatang pasir3

Kerjasama yang erat antara PPKT & agensi lain dalam pembangunan ICT negara diyakini dapat dimanfaatkan kepada generasi muda serta komuniti setempat seiring dengan perkembangan teknologi ICT pada masa kini.