Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Siri TechTalk 2016

IMG 7604
NIBONG TEBAL, 10 Ogos 2016 – Satu siri TechTalk telah dianjurkan oleh PPKT, Kampus Kejuruteraan bertempat di Dewan Seminar, Bangunan Pentadbiran, USM Kampus Kejuruteraan bermula jam 8.30 pagi hingga 1 petang.

Siri Techtalk ini pertama kali diadakan peringkat kampus dengan jemputan meliputi semua ketua jabatan, pegawai tadbir dari semua jabatan, SahabatPPKT dan warga PPKT sendiri. Seramai 60 orang jemputan telah hadir pada siri kali ini.

 

IMG 7602 IMG 7620 IMG 7636


3 taklimat yang bertajuk  “BSC & Penilaian Prestasi”, “5 Top Apps For Your PTJ” dan “Evolusi Infostruktur di Kampus Kejuruteraan” telah disampaikan oleh Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab (Timbalan Pengarah PPKT), Puan Nurzalina Binti Nordin (Ketua Seksyen  Aplikasi, Web & Multimedia) dan Encik Mohamad Khairi Bin Osman (Ketua Sekyen Infostruktur) pada hari tersebut.

Aktiviti sebegini diharapkan dapat diteruskan bagi mendekatkan PPKT dengan pengguna dari semua jabatan.

IMG 7590

 

Teks: Mashithah Md Hasim
Gambar: Mohd Kamal Mohd Noordin